BUTTERWORTH: Seorang wanita maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth pada Selasa.
Mangsa berusia 42 tahun yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.58 pagi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.10 pagi.
Mohd Asri berkata, Pasukan penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayan Seberang Perai Utara dan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri melakukan siasatan di lokasi kejadian.
"Pemeriksan mendapati ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran dan juga saksi semasa kejadian berlaku, pihak polis meneruskan siasatan berdasarkan rakaman berkenaan.
"Siasatan mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian belakang leher dan bahu kiri si mati. Mangsa yang parah meninggal dunia di hospital seterusnya dihantar ke unit Forensik untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, sejurus kejadian, suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
"Suspek berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dia kemudiannya ditahan Polis. Suspek masih menerima rawatan di hospital kerana cedera," katanya.
Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh.
Dalam pada itu, Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya berhubung dengan pegawai penyiasat kes ASP Nasrina Darus di talian 04-5762222 ( samb: 2275 ) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Dec 19 2023
Suspek berjaya diselamatkan sekumpulan nelayan selepas dia terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang pada pagi Selasa. - Foto Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Asri
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
AWANI Ringkas: Jangan ambil mudah walaupun negara aman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Sulu: Mahkamah Rayuan Madrid kekal sabitan terhadap Stampa
Mahkamah Rayuan Madrid mengekalkan sabitan kesalahan menghina mahkamah terhadap penimbang tara Sulu Gonzalo Stampa, dalam kes tuntutan pihak mengaku waris Sulu ke atas Malaysia.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Pemandu wanita maut nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri pada Selasa.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama
Mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir
Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.
Wanita maut, empat rakan cedera kereta jatuh gaung
Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, pada petang Ahad.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Wanita maut kemalangan di Sekincan
Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dan empat penumpang lain hilang kawalan dan melanggar struktur penutup longkang simen.
Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di Bukit Gambir
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Wanita maut dalam kebakaran tiga rumah
Mayat wanita berusia 49 tahun itu ditemui ditemui jam 10.05 malam, pada Jumaat.